Perkahwinan Nurul Huda Abdul Wahab

Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir pada 1998). Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada Khamis, 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp dengan mengusung tema "Aura Paris" dikutipan Harian Metro Edisi Kuala Lumpur pada Jumaat, 8 Jun 2012[1]. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary (lahir pada 3 Oktober 2013) dan Raphael (lahir pada 15 Januari 2015).[2]